BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 23, 2010

TERAPI MUZIK....IRAMA YANG MENENANGKAN


Setiap ciptaan dalam alam semesta ini dilambangkan dengan satu tahap tenaga tertentu. Keadaan sebenar setiap benda tertentu adalah keadaan tenaga dalam jirim tersebut. Apabila kita menjalani kehidupan seharian, kita berada sama ada dalam satu keadaan tenaga positif atau tenaga negatif. Hal ini ditunjukkan oleh fikiran, keinginan, dan pemikiran kita adalah apa yang mendorong kita semua untuk bertindak. Akibatnya tindakan kita memberikan peniliaian samada baik atau buruk daripada hasil tindakan tersebut.


Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dan getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap yang berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai satu ubat yang memulihkan. Sejarah terapi muzik telah termaktub pada zaman purba. Sebuah buku yang mengandungi ajaran cina "I Ching" menyatakan "muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang". Epik India juga telah pun membuktikan bahawa muzik adalah punca yang paling berkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula jadi. Nota muzik yang berbeza juga telah dikatakan mampu untuk mencipta perubahan dalam keadaan alam semula jadi. Kehidupan botani juga memberikan reaksi pada muzik. Kehidupan manusia yang merupakan satu tenaga juga sering bertindakbalas dengan muzik pada beberapa tahap tertentu.


Ramai pakar yang mencadangkan bahawa ritma muzik atau rentaknya yang mempunyai keberkesanan untuk menenangkan kita walaupun kita mungkin tidak begitu sedar mengenainya. Mereka menjelaskan bahawa apabila kita berada pada tahap bayi dalam rahim ibu, kita mungkin telah terbawa oleh denyutan jantung ibu. Kita bertindak balas terhadap muzik yang menenangkan di peringkat lanjut dalam hidup, mungkin ianya kerana persepsi kita terhadap muzik yang berkait rapat dengan keselamatan, persekitaran yang menenangkan, dan juga perlindungan yang diberikan oleh ibu kita sejak dari mula.


Terdapat tujuh sistem kelenjar dalam badan manusia, tujuh warna dalam spektrum dan tujuh nota dalam skala muzik. Setiap warna dan setiap nota mempunyai satu getaran atau tahap tenaga yang unik yang merangsang pusat tenaga di minda dalam cara unik, rangsangan yang sama ini akan disusuli ke tubuh kita. Apabila kita terdedah pada getaran-getaran ini, neuroendokrin dan sistem imun kita akan diperkukuhkan dan disucikan. Pusat keseronokan dalam otak kita juga memberikan rangsangan untuk merembeskan endorfin, iaitu penenang kesakitan semula jadi badan. Tekanan hidup selalunya akan menyebabkan himpitan antara kelenjar-kelenjar thymus dan ini mengakibatkan pengurangan tenaga dalam tubuh seseorang. , kita akan mengalami sejenis kepuasan mengalir ke semua deria kita sekaligus meringankan tekanan dengan menggunakan terapi warna dan muzik untuk merangsang dan meningkatkan fungsi kelenjar-kelenjar thymus.


Muzik mengidentifikasikan kewujudannya dengan gelombang-gelombang tenaga dalam badan dan persekitaran kita. Seringkali apabila kita mendengar sebuah lagu walau apa pun genrenya, tidak kira sama ada ianya klasikal, melodi, atau rock sekalipun, musik mencipta satu perubahan secara tiba-tiba dalam tahap emosi kita. Beberapa lagu yang kita anggapkan nostalgik mempunyai sejenis kuasa magnetik yang hebat berjalinan dengan ingatan kita di mana ianya selalu membawa kita kembali pada satu masa yang telah hilang selamanya, ianya juga selalu melahirkan sejenis perasaan di mana kita merasakan kita telah kehilangan sesuatu, jadi tak hairanlah kadangkala kita menitiskan air mata apabila terkenangkan saat-saat tersebut. Lagu-lagu yang meriah mencipta satu rasa kegembiraan, ia bergetar harmoni dengan harapan.


Baru-baru ini muzik telah digunakan sebagai pemangkin bagi memudahkan wanita untuk melahirkan bayi, ianya juga digunakan untuk merawat gangguan rohani, meditasi dan sebagainya…

0 comments: