BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 23, 2010

TERAPI MUZIK....IRAMA YANG MENENANGKAN


Setiap ciptaan dalam alam semesta ini dilambangkan dengan satu tahap tenaga tertentu. Keadaan sebenar setiap benda tertentu adalah keadaan tenaga dalam jirim tersebut. Apabila kita menjalani kehidupan seharian, kita berada sama ada dalam satu keadaan tenaga positif atau tenaga negatif. Hal ini ditunjukkan oleh fikiran, keinginan, dan pemikiran kita adalah apa yang mendorong kita semua untuk bertindak. Akibatnya tindakan kita memberikan peniliaian samada baik atau buruk daripada hasil tindakan tersebut.


Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dan getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap yang berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai satu ubat yang memulihkan. Sejarah terapi muzik telah termaktub pada zaman purba. Sebuah buku yang mengandungi ajaran cina "I Ching" menyatakan "muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang". Epik India juga telah pun membuktikan bahawa muzik adalah punca yang paling berkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula jadi. Nota muzik yang berbeza juga telah dikatakan mampu untuk mencipta perubahan dalam keadaan alam semula jadi. Kehidupan botani juga memberikan reaksi pada muzik. Kehidupan manusia yang merupakan satu tenaga juga sering bertindakbalas dengan muzik pada beberapa tahap tertentu.


Ramai pakar yang mencadangkan bahawa ritma muzik atau rentaknya yang mempunyai keberkesanan untuk menenangkan kita walaupun kita mungkin tidak begitu sedar mengenainya. Mereka menjelaskan bahawa apabila kita berada pada tahap bayi dalam rahim ibu, kita mungkin telah terbawa oleh denyutan jantung ibu. Kita bertindak balas terhadap muzik yang menenangkan di peringkat lanjut dalam hidup, mungkin ianya kerana persepsi kita terhadap muzik yang berkait rapat dengan keselamatan, persekitaran yang menenangkan, dan juga perlindungan yang diberikan oleh ibu kita sejak dari mula.


Terdapat tujuh sistem kelenjar dalam badan manusia, tujuh warna dalam spektrum dan tujuh nota dalam skala muzik. Setiap warna dan setiap nota mempunyai satu getaran atau tahap tenaga yang unik yang merangsang pusat tenaga di minda dalam cara unik, rangsangan yang sama ini akan disusuli ke tubuh kita. Apabila kita terdedah pada getaran-getaran ini, neuroendokrin dan sistem imun kita akan diperkukuhkan dan disucikan. Pusat keseronokan dalam otak kita juga memberikan rangsangan untuk merembeskan endorfin, iaitu penenang kesakitan semula jadi badan. Tekanan hidup selalunya akan menyebabkan himpitan antara kelenjar-kelenjar thymus dan ini mengakibatkan pengurangan tenaga dalam tubuh seseorang. , kita akan mengalami sejenis kepuasan mengalir ke semua deria kita sekaligus meringankan tekanan dengan menggunakan terapi warna dan muzik untuk merangsang dan meningkatkan fungsi kelenjar-kelenjar thymus.


Muzik mengidentifikasikan kewujudannya dengan gelombang-gelombang tenaga dalam badan dan persekitaran kita. Seringkali apabila kita mendengar sebuah lagu walau apa pun genrenya, tidak kira sama ada ianya klasikal, melodi, atau rock sekalipun, musik mencipta satu perubahan secara tiba-tiba dalam tahap emosi kita. Beberapa lagu yang kita anggapkan nostalgik mempunyai sejenis kuasa magnetik yang hebat berjalinan dengan ingatan kita di mana ianya selalu membawa kita kembali pada satu masa yang telah hilang selamanya, ianya juga selalu melahirkan sejenis perasaan di mana kita merasakan kita telah kehilangan sesuatu, jadi tak hairanlah kadangkala kita menitiskan air mata apabila terkenangkan saat-saat tersebut. Lagu-lagu yang meriah mencipta satu rasa kegembiraan, ia bergetar harmoni dengan harapan.


Baru-baru ini muzik telah digunakan sebagai pemangkin bagi memudahkan wanita untuk melahirkan bayi, ianya juga digunakan untuk merawat gangguan rohani, meditasi dan sebagainya…

UPGRADE YOUR SELF ESTEEM....


Harga diri (self-esteem) merujuk kepada penilaian subjektif seseorang tentang dirinya sebagai positif atau negatif. Dalam kata lain, self esteem bermaksud cara anda memandang diri anda. Jika anda berfikir anda adalah seorang yang bijak, rajin, gembira, yakin, berkebolehan dan boleh berinteraksi dengan orang lain tanpa apa-apa halangan, anda boleh disifatkan sebagai seorang yang mempunyai imej diri yang sihat atau positif, iaitu, anda adalah seorang insan yang mempunyai harga diri yang tinggi. Pandangan serta tanggapan kita mengenai diri kita mempunyai kesan yang amat kuat terhadap cara kita memperlakukan kita sendiri dan orang lain dan juga pilihan yang kita buat.


Berikut ialah sedikit petua untuk mempertingkatkan harga diri kita :

  • Habiskan sedikit masa dengan orang yang menyukai dan menyayangi anda.

  • Setiap hari buat satu pernyataan mengenai diri anda. Sebagai contoh, “Saya adalah seorang yang mudah disayangi dan penyayang” merupakan satu mesej yang boleh memajukan satu imej diri yang positif dan sihat.

  • Ucapkan terima kasih kepada orang lain. Beri pujian kepada orang tanpa apa-apa sekatan jika diberi bantuan atau kerjasama. Hal ini akan menambahkan harga diri anda apabila anda menyedari orang lain menghargai rasa terhutang budi anda.

  • Tolak sama sekali mesej negatif dan pilih mesej postif sahaja.

  • Bantu orang yang memerlukan bantuan untuk menyiapkan sesuatu projek atau kerja, pergi melawat orang yang sakit di hospital atau mengajar kanak-kana pada masa lapang. Jika anda merasa gembira apabila anda menunjukkan tingkah laku yang positif, perasaan ini boleh menambahkan imej diri anda.

  • Melahirkan pandangan serta perasaan anda tanpa ketakutan. Menyatakan dengan tegas hak anda untuk membuat keputusan sendiri menunjukkan anda menganggap anda sebaai seorang yang pentig. Sifat pendesak merupakan sebahagian penting daripada imej diri yang positif. Komunikasi seperti ini adalah diperlukan untuk meminta sahabat, keluarga dan orang lain kerrjasama dan sokongan untuk membuat sesuatu .

  • Libatkan diri dalam program senaman harian. Ini boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda.

  • Beri perhatian kepada rupa diri anda. Pakai baju yang kemas dan bersih setiap hari. Kelihatan kemas akan membolehkan anda merasa yakin dan gembira.

  • Hiraukan orang yang mengkritik atau membidas anda atau mereka yang menganiayai anda tau mereka yang mempunyai harga diri yang rendah dan sikap negatif.

  • Libatkan diri dalam projek yang boleh menggembirakan hati anda dan mengikut keupayaan anda.

  • Buat pilihan hidup dengan sendiri dan jangan membiarkan orang lain membuatnya bagi anda.

Monday, February 22, 2010

MENGHADAPI TEKANAN???? CUBALAH BEBERAPA TIPS DI BAWAH....SELAMAT MENCUBA.


Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Mengalami tekanan adalah perkara biasa. Semua insan mengalami tekanan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan, masa depan, dan lain-lain. Tekanan boleh berlaku secara fizikal dan mental. Tekanan di sebabkan oleh kejadian utama dalam kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka.

Badan kita secara automatik akan menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda sebagai respons kepada tekanan harian. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap situasi yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya.

Kita perlu ingatkan tekanan boleh membawa kesan positif. Anda perlu sedikit tekanan untuk membuat kerja anda dengan cemerlang. Kunci untuk mengurus tekanan ialah untuk memastikan tahap tekanan yang sesuai yang boleh memberi anda tenaga, keghairahan dan motivasi. Tahap tekanan juga boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan anda. Antara isu dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan tidak mempunyai arah haluan, perasaan tidak dapat mengawal sesuatu keadaan, rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan komitmen, terlalu banyak komitmen berbanding dengan masa yang ada, perubahan, terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak lakukan, sesuatu keadaan yang tidak menentu dan dugaan tinggi terhadap diri anda.

Kesan tekanan bergantung kepada cara kita memandangnya iaitu sikap kita terhadap sesuatu keadaan. Misalnya, berpindah rumah merupkan keadaan yang mampu memberikan tekanan yang tinggi. Tetapi, samada tekanan yang anda alami itu melemahkan atau sangat menggembirakan bergantung kepada cara anda bereaksi terhadap situasi yang tersebut.Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah dengan mengelakkan daripada mengalami tekanan. Misalnya, jika anda tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri, anda harus hentikan memakai pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang. Jika tekanan anda adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan dengan serta merta apabila dihadapinya pada saat itu juga. Anda juga boleh mengubah tekanan anda kepada satu “motivator”dengan memandang sesuatu keadaan secara positif.

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan. Berikut ialah tujuh cara yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita.

  • Senaman pernafasan. Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menangkan minda kita. Tarik nafas secara perlahan-lahan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan sangat berguna kerana teknikini boleh dilakukan di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat haraian.
  • Tafakur (Meditation). Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang menyihatkan kesihatan dibebaskan. Minda yang tenang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya lima belas minit untuk bertafakur.
  • Membayangkan. Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Selain itu, dengan membayangkan anda sedang membuat kerja yang anda cuba untuk kuasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaik prestasi anda melalui penggambaran.
  • Pengurutan (Massage). Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Pengurutan juga menambahkan kecerdasan minda kita. Anda boleh meminta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda.
  • Kelegaan otot. Berbaring, bersenang-senang dan dan biarkan otot muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat di mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.
  • Muzik. Terapi muzik mendatangkan banyak faedah dari segi kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan menenangkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan, anda suka dan dengar setiap hari.
  • Pengurusan masa. Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan tetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang membazirkan masa anda. Anda seharusnya menluangkan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting.
  • Berjalan-jalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari.
  • Berenang di sungai atau pantai.
  • Beri perhatian kepada pemakanan dan tidur lapan jam setiap malam
  • Menonton cerita kartun atau lawak jenaka (komedi), membaca buku komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita).
p/s: HIDUP SIHAT TANPA TEKANAN...

Tuesday, February 16, 2010

tell yourself....i am beautiful..:)

For attractive lips, speak words of kindness.

For lovely eyes, seek out the good in people.

For a slim figure, share your food with hungry.

For beautiful hair, let a child run his/her finger through it once a day.

For poise, walk with the knowledge that you never walk alone.

People even more than things have to be restore, renewed, revived, reclaimed, and redeemed; never throw out anyone.

Remember, if you ever need helping hand, you will find one at the end of each of our arms

As you grow older, you will discover that you have two hands; one for helping yourself and one for helping others.

Monday, February 15, 2010

ANOREXIA.....BEAUTY'S OBSESSION!!!!!


Keinginan melampau untuk memiliki bentuk badan yang kurus mampu menyebabkan kematian telah berkali-kali terjadi. Kes terakhir yang menimpa aktress Brittany Murphy, yang telah meninggal dunia secara mendadak di bilik mandi pada bulan Disember yang lalu. Pada mulanya, ahli keluarga aktress itu beranggapan bahawa beliau meninggal dunia disebabkan masalah sakit jantung. Namun pada 4 Februari yang lalu, keluarga aktress itu mendapati bahawa punca kematian Brittany adalah di sebabkan pengambilan ubat, pnuemonia, anemia yang di sebabkan oleh kekurangan zat besi. Brittany juga dikatakan mengalami masalah eating disorder.

Keinginan yang melampau ini dikenali dengan nama ANOREKSIA.
Anoreksia merupakan kelainan pola makan yang sering terjadi pada wanita. Kelainan tersebut biasanya merupakan sesuatu bentuk penyiksaan terhadap diri sendiri. Oleh sebab itu individu yang menghadapi penyakit anoreksia ini harus di beri perhatian kerana penyakit ini mampu mendatangkan kematian kepada si penghidap. masalah tersebut timbul disebabkan kebimbangan melampau bahawa tubuh akan menjadi gemuk setelah makan, dan ketakutan mental itu akan terpancar melalui penyeksaan fizikal.

Gejala umum anoreksia ialah depresi, tidak yakin pada diri, penampilan yang tidak bersifat sosial, hubungan keluarga yang terganggu, selera makan yang berkurang, sukar untuk mengawal emosi, mudah dijangkti penyakit, berat badan menurun, dan kekurangan nutrien.

Ciri khas penderita anoreksia yang lain adalah seperti:
1. Biasanya penderita adalah wanita, baik remaja, dewasa atau yang baru memasuki masa remaja.
2. masalah ini seringkali timbul dalam suasana keluarga yang mementingkan prestasi sebagai simbol kejayaan.
3.Perhatian yang berlebihan tentang kesempurnaan penampilan.
4. Kedua-dua ibu bapa sibuk dengan urusan masing-masing sehingga mengabaikan anak-anak. anak-anak mengambil cara mudah untuk menarik perhatian ibu bapa.
5. Perubahan fizikal berlaku seperti keguguran rambut, kitaran ovulasi dan menstruasi terhenti, degupan jantung menjadi lambat, tekanan darah rendah dan tidak mampu menahan cuaca sejuk.
6. Biasanya mengalami masalah depresi yang lebih parah daripada penghidap penyakit bulimia.
7. Cenderung mengalami masalah osteoporosis kerana kekurangan kalsium dalam badan.
8. Menghidapi masalah kerosakan hati dan organ-organ penting yang lainjika paras berat badan dibawah tahap normal.

Kesan penyakit Anoreksia:

  • Kesuburan

Masalah mandul dan kurang subur akan timbul kerana berat badan yang terlalu rendah. Manakala jika terlalu gemuk akan menyebabkan hormon lambat bertindak. Tetapi apabila tahap berat badan kembali normal, tahap kesuburan akan kembali normal. Apabila badan kita tidak mengalami masalah kesihatan, hormon kesuburan akan kembali subur," ujar Walter H. Kaye MD, pengarah program gangguan permakanan di Universiti of California, San Diego.

  • Gangguan jantung

Penyakit anoreksia akan membuat jantung tidak berfungsi dengan baik, lemah, dan menjadikan badan menjadi dehidrasi. Cecair dalam badan menjadi tidak seimbang, dan akhirnya menyebabkan serangan jantung. Namun kerosakan ini boleh dipulihkan apabila berat badan telah kembali ke paras normal

  • Gigi mudah tanggal

Individu yang mengalami kekurangan berat badan seringkali memiliki gangguan pada gigi mereka. Gigi menjadi mudah tanggal dan rapuh. Hal ini disebabkan oleh asid. Akibatnya mulut memiliki tahap keasidan yang tinggi dan menyebabkan gigi rosak, berlubang, bahkan tanggal.

  • Perut kembung atau membuncit

Gangguan pemakanan mampu menyebabkan penyakit di saluran pencernaan. Pengidapnya juga mengalami kesukaran untuk menelan. Wajah mereka akan kelihatan amat pucat. ''Penyakit ini juga boleh membuat kelenjar air liur berproduksi lebih banyak, dan membuat mulut menjadi berbau. Mukat kelihatan membengkak, dan bagian pipi akan kelihatan kembung,'' ujar Nardozzi.


MASALAH DISPLIN DI KALANGAN PELAJAR SEMAKIN MEMBIMBANGKAN...DIMANAKAH JALAN PENYELESAIANNYA????


Beberapa isu yang timbul, cadangan yang dikemukakan, dan maklum balas bekenaan masalah displin pelajar:

Pergaduhan Antara Pelajar
Cadangan : perlu ada perhubungan yang bai antara ibu bapa, pelajar dan pihak sekolah. organisasi lain seperti pihak polis boleh di libatkan bersama.
Maklum balas : telah dilaksanakan melalui Jawatankuasa Permuafakatan peringkat sekolah yang dianggotai oleh pihak sekolah, ibu bapa, pegawai bomba, pegawai polis, dan masyarakat setempat.

Merokok dikalangan pelajar.
Cadangan : para pelajar diberi pendedahan mengenai keburukan rokok. pihak peniaga harus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dengan tidak menjual rokok kepada pelajar di bawah umur.

Kurang minat belajar
Cadangan : pengambilan dan pemilihan pelajar harus diperketatkan dan kelayakan kemasukan dikaji semula agar pelajar yang benar-benar layak terpilih.
Maklum balas : telah dilaksanakan dan akan di teruskan proses mengemaskini syarat pengambilan, pemilihan pelajar. kini, kelayakan adalah bersesuaian dengan kurikulum setiap kursus dan hanya pemohonan pelajar yang layak sahaja di pilih.

Pelajar ponteng sekolah.
Cadangan : pelajar diberikan hukuman dan ibu bapa dimaklumkan.
maklum balas : boleh dilaksanakan tetapi alasan pelajar ponteng sekolah harus diambil tahu terlebih dahulu sebelum mengenakan hukuman.