BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 22, 2010

MENGHADAPI TEKANAN???? CUBALAH BEBERAPA TIPS DI BAWAH....SELAMAT MENCUBA.


Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Mengalami tekanan adalah perkara biasa. Semua insan mengalami tekanan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan, masa depan, dan lain-lain. Tekanan boleh berlaku secara fizikal dan mental. Tekanan di sebabkan oleh kejadian utama dalam kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka.

Badan kita secara automatik akan menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda sebagai respons kepada tekanan harian. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap situasi yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya.

Kita perlu ingatkan tekanan boleh membawa kesan positif. Anda perlu sedikit tekanan untuk membuat kerja anda dengan cemerlang. Kunci untuk mengurus tekanan ialah untuk memastikan tahap tekanan yang sesuai yang boleh memberi anda tenaga, keghairahan dan motivasi. Tahap tekanan juga boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan anda. Antara isu dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan tidak mempunyai arah haluan, perasaan tidak dapat mengawal sesuatu keadaan, rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan komitmen, terlalu banyak komitmen berbanding dengan masa yang ada, perubahan, terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak lakukan, sesuatu keadaan yang tidak menentu dan dugaan tinggi terhadap diri anda.

Kesan tekanan bergantung kepada cara kita memandangnya iaitu sikap kita terhadap sesuatu keadaan. Misalnya, berpindah rumah merupkan keadaan yang mampu memberikan tekanan yang tinggi. Tetapi, samada tekanan yang anda alami itu melemahkan atau sangat menggembirakan bergantung kepada cara anda bereaksi terhadap situasi yang tersebut.Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah dengan mengelakkan daripada mengalami tekanan. Misalnya, jika anda tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri, anda harus hentikan memakai pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang. Jika tekanan anda adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan dengan serta merta apabila dihadapinya pada saat itu juga. Anda juga boleh mengubah tekanan anda kepada satu “motivator”dengan memandang sesuatu keadaan secara positif.

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan. Berikut ialah tujuh cara yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita.

  • Senaman pernafasan. Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menangkan minda kita. Tarik nafas secara perlahan-lahan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan sangat berguna kerana teknikini boleh dilakukan di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat haraian.
  • Tafakur (Meditation). Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang menyihatkan kesihatan dibebaskan. Minda yang tenang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya lima belas minit untuk bertafakur.
  • Membayangkan. Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Selain itu, dengan membayangkan anda sedang membuat kerja yang anda cuba untuk kuasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaik prestasi anda melalui penggambaran.
  • Pengurutan (Massage). Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Pengurutan juga menambahkan kecerdasan minda kita. Anda boleh meminta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda.
  • Kelegaan otot. Berbaring, bersenang-senang dan dan biarkan otot muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat di mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.
  • Muzik. Terapi muzik mendatangkan banyak faedah dari segi kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan menenangkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan, anda suka dan dengar setiap hari.
  • Pengurusan masa. Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan tetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang membazirkan masa anda. Anda seharusnya menluangkan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting.
  • Berjalan-jalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari.
  • Berenang di sungai atau pantai.
  • Beri perhatian kepada pemakanan dan tidur lapan jam setiap malam
  • Menonton cerita kartun atau lawak jenaka (komedi), membaca buku komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita).
p/s: HIDUP SIHAT TANPA TEKANAN...

0 comments: